CERAMAH BUDAYA KERJA KELAS PERTAMA

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Anda di sini
Tarikh dan Waktu Acara: 
Khamis, 20 September 2007 - 9:00am
Sumber: 
Bahagian Teknologi Maklumat

Kementerian Kerja Raya talah mengadakan ceramah Budaya Kerja Kelas Pertama pada 20 September 2007 (Khamis) bertempat di Bilik Gerakan Tingkat 6, Blok A bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Haji Azhar bin Haji Yahaya, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Psikologi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan telah dihadiri oleh Dato' Hajah Asiah bt Marzuki (Timbalan Ketua Setiausaha) bersama dengan pegawai dan kakitangan Kementerian Kerja Raya.

Budaya Kerja Kelas Pertama bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup individu melalui kualiti budaya kerja yang akan menjadikan kita lebih berdaya saing dalam pekerjaan , kehidupan dan seterusnya di peringkat global.  Di dalam ceramah tersebut, pihak JPA telah mengaitkan Budaya Kerja Kelas Pertama dengan Minda Kelas Pertama yang merupakan cetusan idea daripada YAB Dato? Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 6 Mac 2003 (First Class Mentality).

Konsep Budaya Kerja Kelas Pertama dapat digambarkan oleh tujuh (7) prinsip yang dapat diringkaskan oleh akronim PERDANA.
Pantas dan Positif
Empati
Relevan
Daya Saing
Amanah
Nilai Tambah dan Kelainan
Arif dan Berilmu

Diakhir ceramah, pihak JPA mengharap Budaya Kerja Kelas Pertama dapat dijadikan satu amalan kerja bagi semua warga Kementerian Kerja Raya

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources