Delegasi Kementerian Lebuh Raya Sri Lanka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Malaysia dari 15 hingga 19 Januari 2007. Delegasi enam orang ini diketuai oleh T.Y.T. W.B. Ekanayake, Timbalan Menteri Kementerian Lebuh Raya, Sri Lanka.
Tujuan utama lawatan delegasi ialah untuk mempelajari dari pengalaman Malaysia dalam bidang pembangunan dan pengurusan lebuh raya dan jalan raya.
Atur cara dimulakan dengan lawatan ke Kementerian Kerja Raya pada 16 Januari 2007. Delegasi disambut oleh Y. Bhg. Dato? Dr. Abdul Munit Bin Kasmin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan). Delegasi telah diberi taklimat mengenai pembangunan jaringan jalan raya di seluruh Malaysia oleh wakil daripada Bahagian Perancang Jalan. Sesi taklimat disusuli lawatan delegasi ke jalan-jalan dan lebuh raya di sekitar Kuala Lumpur.
Bahagian kedua atur cara pada 16 Januari 2007 ialah sesi taklimat yang diberikan oleh Pengarah Cawangan Korporat Jabatan Kerja Raya di Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai fungsi-fungsi JKR. Taklimat meliputi bidang-bidang kejuruteraan seperti kejuruteraan infrastruktur, bangunan dan pakar.
Pada 17 Januari 2007, delegasi Sri Lanka telah dibawa melawat kompleks Kerajaan dan kemudahan infrastruktur yang dibina di sekitar Putrajaya sebelum dibawa ke Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mendengar taklimat mengenai kaedah-kaedah penswastaan lebuh raya di Malaysia. Wakil daripada syarikat konsesi LITRAK yang membina Pencala Link turut menyampaikan taklimat mengenai pengalaman dan rintangan-rintangan yang dihadapinya semasa pembinaan lebuh raya tersebut. Seterusnya delegasi dibawa melawat Stormwater and Management Road Tunnel (SMART) di Jalan Tun Razak. Di sini delegasi telah didedahkan dengan teknologi terbaru yang diguna pakai oleh kontraktor Malaysia dalam pembinaan terowong tersebut.
Pada sebelah petangnya, Y. B. Timbalan Menteri Kementerian Lebuh Raya, Setiausaha Koordinasi dan Pengarah Road Development Authority telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Y.B. Menteri Kerja Raya dan disusuli oleh sidang akhbar mengenai lawatan beliau ke Malaysia dan kerjasama antara Malaysia dengan Sri Lanka dalam cadangan pembinaan Lebuhraya Colombo ? Kandy.
Pada hari 17 Januari 2007, delegasi diberi taklimat oleh pasukan projek Lebuhraya Pantai Timur, JKR. Kemudian, delegasi telah dibawa melawat Integrated Transport Information System (ITIS) di Pusat Pengurusan Pengangkutan, Bukit Jalil untuk didedahkan mengenai teknologi yang digunakan untuk mengurus pengangkutan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada malam itu, delegasi berkenaan telah diraikan dalam majlis makan malam yang dianjurkan oleh Y.B. Menteri Kerja Raya di Menara Kuala Lumpur.
Pada hari terakhir lawatan, delegasi telah mengunjungi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mendengar taklimat mengenai fungsi-fungsi CIDB dan inisiatif antarabangsa yang telah digerakkan oleh CIDB melalui konsep Kerajaan dengan Kerajaan (G to G). Delegasi telah dipertemukan dengan syarikat-syarikat swasta seperti Kumpulan MTD, Powerdrive Fastening Systems Sdn. Bhd. dan Teras Technologies yang berminat untuk menceburkan diri dalam industri pembinaan di Sri Lanka. Hasil daripada pertemuan ini amat menggalakkan di mana delegasi tersebut dapat melihat kesungguhan syarikat-syarikat tempatan untuk turut terlibat dalam pembangunan Sri Lanka.
Seterusnya delegasi ini telah dibawa melawat Lebuhraya Karak untuk meninjau keadaan lebuh raya ini di mana struktur mukabuminya menyamai Lebuhraya Colombo ? Kandy yang sedang dirancang. Lawatan ini mendedahkan kepada delegasi mengenai kemampuan kontraktor Malaysia untuk melaksanakan projek lebuh raya di bentuk muka bumi yang berbukit.
Delegasi Sri Lanka telah berlepas pulang ke Colombo, Sri Lanka pada 20 Januari 2007.



Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Mon, 20/05/2013 - 4:29pm
Hakcipta terpelihara © 2013 Kementerian Kerja Raya Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800
PENAFIAN: Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.