Langkau ke kandungan utama
1

Pembinaan Projek Central Spine Road Mengikut Jadual

LIPIS, 21 Februari – Menteri Kerja Raya, YB. Dato’ Seri Shaziman Abu Mansor telah mengadakan lawatan kerja ke Pakej 3: Gua Musang – Kampung Relong, Projek Central Spine Road (CSR) bagi meninjau kemajuan kerja pembinaannya dan beliau berpuas hati kerana projek ini berjalan mengikut jadual. Projek CSR yang menghubungkan Kuala Krai di Kelantan dengan Simpang Pelangai di Pahang sejauh 390 kilometer ini dibahagikan kepada enam pakej dan selepas projek ini siap kelak, tempoh masa perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan dapat disingkatkan kepada hanya empat jam berbanding lapan jam ketika ini. Pembinaan CSR ini memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan projek ini di jangka siap pada awal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Menurut Menteri Kerja Raya, pembinaan CSR ini turut menarik perhatian Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), serta mendapat pujian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan luar negara kerana membina laluan haiwan melintas di bawah tiga buah jambatan yang dikenali sebagai Eco-Bridge sepanjang 1.35 kilometer kerana ia terletak di antara Banjaran Titiwangsa dan Taman Negara.

Tarikh Dan Waktu Acara