Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Pembangunan Profesional

Kategori Bahagian: 
Pejabat Ketua Setiausaha
Alamat: 

Kementerian Kerja Raya,
Bahagian Hubungan Antarabangsa Dan Pembangunan Profesional,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur.
No. Tel : 03 - 27714815
No. Fax : 03 - 27110087

Visi: 

Ke arah membantu mewujudkan sektor Pembinaan dan Perkhidmatan Profesional yang bertaraf dunia dan berdaya saing.

Misi: 
  • Meningkatkan hubungan kerjasama dalam sektor yang berkaitan dengan industri pembinaan dengan negara-negara asing dan pertubuhan antarabangsa dalam memajukan ekonomi negara.
  • Memimpin agensi/lembaga profesional ke arah mewujudkan satu golongan “world class professional service providers” dalam sektor pembinaan.
Objektif: 
  • Menyelaras, merancang, memantau hal ehwal antarabangsa yang melibatkan isu-isu sektor pembinaan dan memastikan keputusan yang dibuat di peringkat antarabangsa mengambil kira kepentingan negara dan meningkatkan daya saing negara.
  • Meningkatkan hubungan kerjasama sektor pembinaan dan pembangunan profesional di antara Malaysia dengan badan-badan atau pertubuhan antarabangsa dan negara-negara asing dalam usaha mendapatkan manfaat kemajuan teknologi, kemahiran dan pengetahuan untuk menjana pembangunan ekonomi negara.
  • Menyelaras, merancang dan memantau hal ehwal pembangunan profesional dengan efektif untuk mewujudkan golongan “world class professional service providers”.
Aktiviti-aktiviti dan Fungsi: 
  • Meneliti dan Memantau Dasar Liberaslisasi Sektor Pembinaan dan Perkhidmatan Profesional Sebagaimana yang Diputuskan oleh Kerajaan;
  • Menyelaras Isu-Isu Hubungan Kerjasama Dua Hala / Pelbagai Hala Antara KKR dan Agensi-Agensinya Dengan Negara Luar;
  • Membantu Meningkatkan Daya Saing Sektor Pembinaan dan Perkhidmatan Profesional Dalam Perniagaan Antarabangsa
Piagam Pelanggan: 
  • Memberi segala khidmat nasihat maklumat dan jawapan kepada pertanyaan secara profesional, tepat, mesra dan mengikut masa yang ditetapkan;
  • Memberi khidmat urus setia yang cekap kepada kepada pengurusan atasan stake holders Kementerian Kerja Raya;
  • Menyediakan Ulasan dan Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh dua 2 minggu dari tarikh arahan diterima tertakluk kepada penerimaan input yang lengkap daripada pihak yang berkaitan;
  • Memberi layanan mesra kepada delegasi dari luar negara yang membuat lawatan ke Kementerian Kerja Raya.
Carta Organisasi: 
AttachmentSize
Carta BAPP UPDATED 07.07.2014.jpg162.34 KB

Program KKR

 
Aktiviti Menteri Kerja Raya
 
Jadual Hari Bertemu Pelanggan KKR secara atas talian
 
Program-program inovasi anjuran KKR
 
Program latihan untuk warga KKR

Media

 
Jemputan kepada editor untuk liputan media bagi aktiviti & program KKR.
 
Medium kenyataan rasmi KKR kepada media.
 
Aduan orang awam di akhbar-akhbar utama.
 
Berita/aktiviti yang disiarkan di akhbar utama.

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Fri, 29/08/2014 - 6:14pm

Statistik Web
  • Jumlah Hit: 13,438,766
  • Jumlah pelawat: 484,167
  • Hit Minggu Ini: 31,422
  • Hit Bulan ini: 18,473
-A A +A
Read me loud
Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)