TINJAUAN KEMAJUAN PAN BORNEO SARAWAK — SEKSYEN LAMBIR | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

TINJAUAN KEMAJUAN PAN BORNEO SARAWAK — SEKSYEN LAMBIR

MIRI - YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, hari ini mengetuai tinjauan kerja bagi meninjau kemajuan Projek Naik Taraf Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak (WPC11: Sungai Sangat ke Pujut Link Road), dengan fokus di Seksyen Lambir.

Tinjauan ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya; YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR; YBrs. Ir. Wisil anak Lichok, Timbalan Pengarah (Infrastruktur) JKR Sarawak; serta pegawai kanan KKR dan JKR Sarawak.

Kemajuan keseluruhan Projek WPC11 setakat 25 September 2025 berada pada tahap 99.90% (fizikal) dan 99.92% (kewangan), dengan jangkaan siap sepenuhnya pada 17 November 2025.

Struktur viaduct jambatan Seksyen Lambir sepanjang 301.2 meter yang dibina dengan kos RM57.3 juta telah dibuka lebih awal kepada trafik pada 17 September 2025. Pembinaan viaduct ini dilaksanakan bagi mengatasi isu kegagalan tambak dan pergerakan tanah yang berlaku pada Disember 2018, dan menjadi bukti komitmen berterusan KKR serta JKR Sarawak dalam memastikan keselamatan dan kelancaran pengguna jalan raya.

YB Menteri menegaskan bahawa pemantauan rapi dan berterusan akan dibuat oleh beliau sendiri sehingga projek ini siap sepenuhnya dan mencapai Sijil Perakuan Siap Kerja (CMC) seperti yang dijadualkan — seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3