LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAJAAN

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Anda di sini

Dalam menghadapi kenaikan bahan api yang berlaku masa kini, pihak KKR menyokong penuh langkah-langkah kerajaan dalam penjimatan perbelanjaan awam. Oleh yang demikian pihak KKR mengambil perhatian yang serius terhadap pematuhan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2008. Bagi melaksanakan pekeliling tersebut saya sebagai KSU KKR menyeru agar semua warga KKR mengambil langkah-langkah berikut:

Semua pegawai/kakaitangan dikehendaki menutup suis lampu di pejabat masing-masing semasa waktu rehat bermula dari pukul 1.00 hingga 2.00 petang

Jimatkan penggunaan air

Pastikan alat penyaman udara ( split air cond ) ditutup sekiranya tidak digunakan

Pastikan semua peralatan elektrik termasuk lampu dan komputer hendaklah di padamkan sebelum meninggalkan pejabat

Penggunaan kertas hendaklah dijimatkan dengan cara-cara berikut:

  • Semasa membuat salinan hendaklah dicetak depan belakang
  • Deraf hendaklah disemak melalui komputer dan cetakan dibuat apabila deraf tersebut muktamad
  • Edaran minit-minit mesyuarat serta dokumen-dokumen lain boleh di buat menerusi emel
  • Panggilan mesyuarat hendaklah dibuat menerusi e-mesyuarat pada portal KKR
  • Kursus-kursus dalam negeri yang melibatkan perbelanjaan hendaklah dikurangkan kecuali kursus yang penting

Antara Perbelanjaan secara berhemat yang perlu diberi perhatian adalah:

  • Pengurusan kewangan dalaman hendaklah dikawal dengan kukuh mengikut peratuaran kewangan yang ada dan hendaklah berbelanja mengikut value for money
  • Memastikan perbelanjaan dibuat mengikut peruntukan yang telah diluluskan
  • Setiap bahagian hendaklah membuat jadual pelan tindakan yang teratur sepanjang tahun mengikut peruntukan yang telah diluluskan
  • Perbelanjaan bagi perjalanan dalam negeri hendaklah dihadkan kepada program-program yang benar-benar perlu tertakluk kepada jumlah peruntukan yang telah diluluskan.
  • Penganjuran sebarang acara majlis hendaklah dibuat secara sederhana
  • Semua bahagian hendaklah memastikan tiada tunggakan terhadap bayaran bil dan tuntutan ke atas bekalan dan perkhidmatan yang diberikan.

Diharap semua warga KKR mengambil perhatian yang serius tentang perkara ini.

 

DATO' SRI DR. ABDUL MUNIT BIN KASMIN

Ketua Setiausaha , Kementerian Kerja Raya

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources