Informasi Jalan Persekutuan
Pengenalan
Salah satu tugas utama Kementerian Kerja Raya adalah membina dan menyenggara jalan-jalan Persekutuan yang diwartakan di bawah Menteri Kerja Raya Malaysia. Sehingga kini terdapat lebih daripada 19,000 km Jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Jalan-jalan ini telah diberi nama laluan masing-masing dan di selenggara oleh KKR melalui konsep penswastaan. Beberapa syarikat konsesi telah di lantik oleh Kerajaan bagi tujuan penyenggaraan jalan-jalan Persekutuan yang di bahagi mengikut zon-zon tertentu.
Maklumat-Maklumat Jalan
Jalan-jalan Persekutuan di ketegorikan kepada empat (4) kategori utama, iaitu :-
Jalan Persekutuan Utama
Jalan Persekutuan Felda
Jalan Persekutuan ke Institusi
Jalan Persekutuan ke kawasan Industri
Kesemua kategori jalan-jalan ini mempunyai sistem penomboran masing-masing yang boleh dilihat pada papan tanda - papan tanda yang tertera di setiap jalan berkenaan. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk kepada bahagian maklumat Jalan Persekutuan dan Negeri di para dua dalam portal ini.
Kerja-Kerja Penyenggaraan
Jenis-jenis kerja penyenggaraan untuk kesemua jalan adalah sama. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja penyenggaraan jalan telah disenaraikan dengan jelas dalam dokumen perjanjian antara pihak Kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi yang telah di lantik. Antara kerja utama yang dijalankan adalah :-
Kerja-kerja penyenggaraan rutin;
Kerja-kerja penyenggaraan berkala; dan
Kerja-kerja kecemasan.
Antara kerja-kerja Penyenggaraan Rutin adalah :
Menampal pothole;
Meratakan bahu jalan;
Memotong rumput;
Mencuci perabot jalan;
Mencuci pembetung & jambatan;
Mencuci longkang; dan
Pemeriksaan berjadual.
Antara kerja-kerja Penyenggaraan Berkala adalah :
Kerja-kerja penyenggaraan turapan (pavement); dan
Kerja-kerja penyenggaraan bukan turapan (non-pavement).
Kerja-kerja kecemasan adalah terdiri daripada kerja-kerja pengalihan pokok tumbang dan bangkai binatang serta penyediaan laluan sementara beserta pengurusan lalulintas apabila berlaku cerun runtuh, jalan terputus akibat kegagalan pembetung/jambatan, banjir dan sebagainya.
- 76053 bacaan
- English