ZON SARAWAK

 

home.gif

Mulai tahun 2009, ekspedisi yang berkonsepkan pengetahuan dan pemantauan terhadap Jalan Persekutuan telah diperluaskan lagi kepada Bangunan Persekutuan. Tujuan utama ialah untuk meningkatkan pengetahuan semua warga KKR bukan sahaja mengenai jalan persekutuan malahan juga mengenai bangunan persekutuan. Di samping itu juga ianya bertujuan untuk melakukan pemantauan ke atas kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan dan Bangunan Persekutuan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat konsesi.

Pada 18 hingga 20 Januari 2009, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengadakan Ekspedisi Jalan Persekutuan siri pertama bagi tahun 2009. Ekspedisi ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Y. Bhg. Dato' Sri Dr. Abdul Munit bin Kasmin. Ekspedisi ini telah disertai seramai 19 orang pegawai dari Kementerian Kerja Raya dan telah melibatkan 6 buah kereta.

Ekspedisi kali ini melibatkan laluan Jalan Persekutuan Zon 2A Sarawak di bahagian Sibu dan Bintulu, Negeri Sarawak dimana jumlah jaraknya adalah 373 km. Laluan ekspedisi Jalan Persekutuan terbahagi kepada 2 kumpulan seperti berikut :-

KUMPULAN TARIKH LALUAN

Kumpulan 1

(3 buah kereta)

18/01/2009 Kuala Lumpur – Sibu (Penerbangan) – bermalam di Sibu
19/01/2009 Sibu - Bintulu (Jalan darat ) - 223 km (bermalam di Bintulu)

Kumpulan 2

(3 buah kereta)

18/01/2009 Kuala Lumpur - Bintulu (Penerbangan) - bermalam di Bintulu
19/01/2009 Bintulu - Bakun (Jalan darat ) - 150km (bermalam di Bintulu)

Manakala antara Bangunan Persekutuan yang dilawat pula adalah Wisma Persekutuan Sibu dan Wisma Persekutuan Bintulu iaitu Bangunan Blok 1 & 2 Sibu, Bangunan Persekutuan Blok 3, Sibu dan Bangunan Persekutuan Bintulu di mana para peserta membuat pemantauan bagi kerja-kerja penyenggaraan yang dibuat pada Bangunan Persekutuan tersebut.

Majlis penutup ekspedisi telah diadakan di Bverly Parkcity Bintulu di mana para peserta telah membentangkan hasil penemuan daripada ekspedisi Jalan Persekutuan dan lawatan ke Banguna Persekutuan. Turut hadir di majlis tersebut ialah KSU dan juga wakil syarikat konsesi yang bertanggungjawab iaitu Dato' Hasnul Rabiain bin Ismail wakil dari konsesi jalan HCM Engineering Sdn. Bhd. dan juga Tuan Farezudden Ahmad wakil dari konsesi bangunan Ambang Wira Sdn. Bhd.




 

 

 


Program KKR

 
Aktiviti Menteri Kerja Raya
 
Jadual Hari Bertemu Pelanggan KKR secara atas talian
 
Program-program inovasi anjuran KKR
 
Program latihan untuk warga KKR

Media

 
Jemputan kepada editor untuk liputan media bagi aktiviti & program KKR.
 
Medium kenyataan rasmi KKR kepada media.
 
Aduan orang awam di akhbar-akhbar utama.
 
Berita/aktiviti yang disiarkan di akhbar utama.
 

Kecuaian Manusia adalah faktor utama kemalangan jalan raya berbanding faktor kejuruteraan jalan?

Setuju
79% (993 undian)
Tidak Bersetuju
21% (269 undian)
Jumlah undian: 1262

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Sat, 01/11/2014 - 7:47am

Statistik Web
  • Jumlah Hit: 14,337,376
  • Jumlah pelawat: 713,417
  • Hit Minggu Ini: 112,462
  • Hit Bulan ini: 6,813
-A A +A
Read me loud
Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)