Kementerian Kerja Raya telah memperkenalkan Dasar Agihan 10% kepada kontraktor kelas F bagi projek yang bernilai RM10 juta keatas bermula pada tahun 2008. Akan tetapi dasar ini ditangguhkan sementara pada 7 Mei 2009 serta ditambah baik dan diperluaskan kepada kontraktor Kelas E pada tahun 2010. dikenali sebagai Dasar Agihan Kerja Kepada Kontraktor Kelas E dan F dan dilaksanakan melalui peruntukkan wang sementara dalam dokumen tender bagi projek bernilai RM 10 juta keatas. Dasar ini bertujuan untuk memberi lebih banyak peluang kerja kepada kontraktor kelas E (Bumiputera) dan F selaras dengan bilangan mereka yang ramai. Selain itu, pelaksanaan dasar ini juga dapat memberi pendedahan kepada kontraktor kelas E & F supaya dapat terlibat dalam pelaksanaan projek-projek besar sekaligus meningkatkan tahap kemahiran mereka dalam industri pembinaan negara.



Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 6, Blok B Kompleks Kerja Raya,Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Telefon: 03 8000 8000 | Faks: (603) - 2711 1101
E-mel: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
Peta Lokasi KKR
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Terakhir dikemas kini: Fri, 17/05/2013 - 9:34pm
Hakcipta terpelihara © 2013 Kementerian Kerja Raya Malaysia
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280 x 800
PENAFIAN: Kementerian Kerja Raya Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.