BICARA KEPIMPINAN SIRI 2/2026: KKR TEKAN KEPIMPINAN TEKNIKAL BERANI BERUBAH DAN BERINOVASI
KUALA LUMPUR - Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada Head of Design Team (HODT), Head of Project Team (HOPT), dan Superintending Officers (SO) telah menghadiri Program Bicara Kepimpinan Siri 2/2026 bertajuk "The Dead Horse Theory" yang berlangsung di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kompleks Kerja Raya.
Program ini menampilkan ceramah eksklusif yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim.
Objektif perkongsian ini adalah untuk menggalakkan kepimpinan teknikal di JKR untuk berani membuat keputusan drastik (dismount) dan beralih kepada strategi serta teknologi baharu bagi meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan projek.
Melalui perkongsian ini jua, peserta didedahkan kepada perspektif kepimpinan yang menekankan keberanian membuat keputusan, keupayaan mengenal pasti cabaran sebenar serta kepentingan meninggalkan pendekatan yang tidak lagi berkesan demi memastikan organisasi terus maju dan berdaya saing.
- Log in to post comments