Informasi Bangunan Persekutuan

Audience based content

X
Orang Awam
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Warga KKR
Syarikat Konsesi
Anda di sini

Informasi Bangunan Gunasama Persekutuan

Bangunan-bangunan Persekutuan pada asalnya dibina di Ibu Negara, Kuala Lumpur yang bersesuaian dengan peranannya dimana Pejabat Menteri, Kementerian dan semua Ibu Pejabat Jabatan ditempatkan di Kuala Lumpur.

Setelah Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dikembangkan kepada peringkat Negeri dan Daerah demi meningkatkan kualiti sistem penyampaian kepada rakyat, jabatan-jabatan tersebut ditempatkan di bangunan-bangunan persendirian yang disewakan kepada jabatan kerajaan ini di peringkat Negeri dan Daerah. Urusan penempatan tersebut dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Bahagian Pengurusan Hartanah. Melihatkan kepada jabatan-jabatan Persekutuan yang hanya menyewa bangunan-bangunan persendirian yang menimbulkan pelbagai masalah dan peningkatan kos pengurusan saban tahun, disamping sukar untuk menyelaras aktiviti jabatan atau agensi Persekutuan di peringkat Negeri dan Daerah, maka timbul keperluan pembinaan kompleks-kompleks kerajaan yang boleh menempatkan agensi-agensi kerajaan secara berkelompok.

Keperluan pembangunan Bangunan-bangunan Persekutuan di peringkat Negeri dan Daerah lebih mendesak setelah peranan dan tanggungjawab Jabatan Persekutuan di peringkat Negeri semakin bertambah. Rekabentuk Bangunan-bangunan Persekutuan di peringkat Negeri dibina mengikut keperluan kemampuan kewangan dan atas desakan supaya ia dibina dengan segera. Oleh itu, rekabentuk Bangunan Persekutuan di kebanyakan ibu negeri adalah sama dengan ketinggian di antara 10 hingga 12 tingkat. Pembinaan Bangunan Persekutuan piawai di kebanyakan daerah telah diperkenalkan mengikut desakan keperluan pada harga yang kompetatif. Sekiranya masa merekabentuk dan kos mengizinkan, rekabentuk "one off" diperkenalkan.

 

Taburan Lokasi Bangunan Gunasama Persekutuan Mengikut Zon.

Paparan peta dibawah menunjukkan lokasi-lokasi Bangunan Gunasama Persekutuan di seluruh semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lokasi tersebut dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon Utara dan Sabah, Zon Selatan dan Sarawak, Zon Tengah dan Zon Timur yang dibezakan mengikut warna seperti yang ditunjukkan dalam peta berkenaan.

 

Nama Zon
Bilangan Bangunan
Nama Zon
Bilangan Bangunan
  Zon Utara dan Sabah 25   Zon Tengah 4
  Zon Selatan dan Sarawak 28   Zon Timur 11

 

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources