Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Soalan Lazim KKR

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Kontraktor/Usahawan
Orang Awam
Syarikat Konsesi
Warga KKR
Eksa
Anda di sini

SOALAN LAZIM


UMUM

Data trafik / banci lalulintas kenderaan dijual di dalam bentuk cakera padat bertajuk "Road Traffic Volume Malaysia" dan boleh dibeli menggunakan wang pos di Bahagian Perolehan dan Tender, Aras Bawah, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur.

Agensi-agensi di bawah Kementerian Kerja Raya ialah:
  1. Jabatan Kerja Raya (JKR)
  2. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  3. Construction Industry Development Board (CIDB)
  4. Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)
  5. Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM)
  6. Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)

JALAN

Sila dapatkan maklumat mengenai Jalan Persekutuan di url berikut: http://www.kkr.gov.my/ms/jalan/kenali-jalan-persekutuan

Jalan Persekutuan menggunakan nombor sahaja (cth : 1, 2, 3). Jalan Negeri mempunyai huruf dihadapan nombor dan huruf ini mengikut plat kereta bagi negeri masing-masing. ( contoh : B15 - Jalan Negeri di Negeri Selangor)

BANGUNAN

Maklumat mengenai Bangunan Gunasama Persekutuan boleh diperolehi di url berikut: http://www.kkr.gov.my/ms/bangunan/info

ADUAN

Salurkan aduan anda secara rasmi melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KKR di pautan https://kkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Ya. Layari laman web Kementerian Kerja Raya dan klik pautan https://kkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Pelanggan perlu mendaftar bagi mewujudkan kata laluan dan membolehkan pelanggan membuat semakan semula sejarah aduan pelanggan.

Pelanggan perlu mendaftar bagi mewujudkan kata laluan dan membolehkan pelanggan membuat semakan semula sejarah aduan pelanggan.

Layari pautan https://kkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do dan click “SEMAK MAKLUMBALAS” dengan memuatnaik ID Tiket dan Kata Laluan yang diterima semasa pendaftaran aduan.

  1. Infrastruktur awam
  2. Industri Binaan
  3. Pengurusan Lebuhraya
  4. Akreditasi Profesional
  5. Tadbir urus

Diantara jenis maklumbalas yang boleh disalurkan melalui SISPAA seperti aduan, cadangan, pertanyaan dan penghargaan.

  1. Talian Hotline Jalan Persekutuan (Jabatan Kerja Raya) : 1 300 888 557
  2. Talian Hotline Lebuhraya (Lembaga Lebuhraya Malaysia) : 1 800 88 7752

PERMOHONAN MENDIRIKAN STRUKTUR PAPARAN IKLAN DI DALAM RIZAB JALAN PERSEKUTUAN / LEBUH RAYA

Tatacara Permohonan boleh didapati di laman web Kementerian Kerja Raya http://www.kkr.gov.my/tatacara-permohonan dan permohonan perlu dibuat secara online di http://esite.kkr.gov.myPermohonan yang lengkap perlu dicetak dan dikemukakan ke Bahagian Pembangunan & Penswastaan, Tingkat 4, Blok A, Kementerian Kerja Raya beserta Bank Draf/Kiriman Wang bagi bayaran fi pemprosesan permohonan.

Tempoh masa pemprosesan penerimaan permohonan adalah 7 hari daripada permohonan lengkap diterima dan permohonan seterusnya akan dihantar kepada Jurutera Daerah untuk ulasan teknikal.

Permohonan yang diproses oleh Kementerian Kerja Raya adalah bagi permohonan paparan iklan di Jalan Persekutuan. Manakala bagi permohonan paparan iklan di Jalan Negeri dan Jalan Bandaran perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Jalan Persekutuan adalah jalan-jalan penghubung antara negeri ke satu negeri dan dilabelkan dengan kod F atau FT. Jalan negeri dan bandaran adalah jalan-jalan penghubung antara Bandar ke Bandar dan dilabelkan dengan kod negeri-negeri berkenaan.

Kementerian Kerja Raya tidak menetapkan kelayakan kepada kategori pemohon untuk mendirikan paparan iklan di Jalan Persekutuan. Mana-mana individu atau syarikat yang berminat boleh memohon untuk mendirikan paparan iklan di Jalan Persekutuan.

Papan tanda tunjuk arah tidak dikategorikan sebagai paparan iklan. Oleh yang demikian, permohonan perlu diajukan kepada jurutera-jurutera daerah yang berkenaan.

Fi proses akan dikenakan ke atas setiap satu permohonan. Kadarnya adalah bergantung kepada jenis struktur yang dipohon. Maklumat lanjut mengenai kadar tersebut boleh didapati di dalam Tatacara Permohonan Mendirikan Paparan Iklan di Jalan Persekutuan Tahun 2011. Fi tersebut tidak akan dipulangkan sekiranya permohonan tersebut ditolak.

Caj sewaan tapak akan dikenakan ke atas setiap permohonan yang diluluskan. Kadarnya adalah bergantung kepada jenis struktur yang dipohon serta mengikut zon dan dikenakan secara tahunan. Maklumat lanjut kadar tersebut boleh didapati di dalam Tatacara Permohonan Mendirikan Paparan Iklan di Jalan Persekutuan Tahun 2011.

Setiap permohonan rayuan akan dianggap sebagai permohonan baru dan akan dikenakan fi proses. Ini adalah kerana proses kerja ke atas sesuatu permohonan rayuan tersebut adalah sama dengan proses kerja permohonan baru.

Kementerian Kerja Raya hanya mengeluarkan kelulusan bersyarat bagi menduduki tapak di dalam tanah rizab jalan persekutuan. Pemohon perlu juga mendapatkan kelulusan agensi-agensi lain yang berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan bagi mendapatkan kebenaran merancang sebelum mendirikan paparan iklan serta mendapatkan lesen visual sebelum memaparkan sebarang visual.

Setiap Permohonan untuk melanjutkan tempoh kelulusan perlu dikemukakan kepada Kementerian seperti mana permohonan asal dan akan dianggap sebagai permohonan baru dan akan dikenakan fi proses. Ini adalah kerana proses kerja ke atas sesuatu permohonan lanjutan tersebut adalah sama dengan proses kerja permohonan baru.

Fi proses dan caj sewaan tapak tidak akan dipulangkan semula sekiranya permohonan ditarik balik.

Tidak boleh. Ini adalah kerana jaminan bank dan polisi insurans yang telah diluluskan adalah di bawah nama pemohon asal. Segala risiko kemalangan dan jaminan keselamatan struktur adalah di bawah tanggung jawab pemohon asal.

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Untuk menghantar sebarang aduan berkenaan dengan masalah peralatan dan perisian ICT, anda boleh melakukannya dengan klik pada Sistem Aduan ICT KKR (Sistem Helpdesk) menerusi Sistem MyWorks KKR.

Ya, boleh. Antara aduan yang boleh dibuat melalui Sistem Aduan ICT KKR (Helpdesk) adalah berkenaan dengan peralatan ICT, sistem aplikasi, portal, emel, dan capaian rangkaian.

Ya, boleh. Melalui Sistem Aduan Helpdesk pada tab “Semakan”. Klik pada “Papar” untuk melihat status terperinci.

Ya, boleh

Antara sistem-sistem yang terdapat dalam Sistem Intranet MyWorks KKR adalah seperti berikut:-
  1. Sistem Aduan ICT KKR (Helpdesk)
  2. Sistem Pelekat Kenderaan
  3. Sistem Pas Keselamatan
  4. Sistem Permohonan Keluar Negara (eKLN)
  5. Sistem Kehadiran (eRakam)

ID pengguna Sistem Intranet MyWorks KKR diuruskan oleh webmaster di setiap bahagian/unit.

Ya, boleh. Sistem intranet MyWorks KKR boleh di akses di mana-mana sahaja.

Web browser yang sesuai untuk mengakses sistem aplikasi KKR adalah Mozilla FireFox dan Google Chrome .

Bagaimanakah untuk mengakses semua aplikasi perkhidmatan di KKR?Semua aplikasi perkhidmatan KKR boleh diakses melalui

TEMPAHAN DEWAN TAN SRI MAHFOZ KHALID, KEMENTERIAN KERJA RAYA

Sebarang tempahan perlu melalui pegawai bertanggungjawab di Bahagian Khidmat Pengurusan, KKR dengan menghubungi Encik Haniff-0133034009

Antara sistem-sistem yang terdapat dalam Sistem Intranet MyWorks KKR adalah seperti berikut:-
  1. Ahli Kelab Sukan dan Kebajikan KKR (KSKKR) - RM 3000
  2. Warga Agensi - (JKR/CIDB/LLM) - RM 4000
  3. Orang Awam - RM 7000

Bagi menjamin tempahan, penyewa hendaklah menjelaskan wang pendahuluan sebanyak RM500 dalam masa 2 minggu dari tarikh tempahan dibuat. Bayaran penuh sewa hendaklah dijelaskan oleh penyewa dalam tempoh 3 bulan sebelum majlis diadakan.

Pembayaran dilakukan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan KKR melalui akaun yang akan dimaklumkan setelah tempahan berjaya dilakukan secara tunai atau melalui pemindahan dana

Antara kemudahan logistik yang disediakan adalah Meja Makan (Bulat), Kerusi Banquet, Meja Buffet, Audio Sistem (asas)

  1. Tempoh penganjuran majlis adalah 3-5 jam dengan waktu kehadiran tetamu adalah dari jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang
  2. Kapasiti Maksimum Tetamu adalah 250 orang
  3. Majlis tidak dibenarkan sekiranya sukar untuk megawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu msa dan sukar untuk mengawal keperilakuan.
  4. Hidangan makanan secara buffet layan diri dan majlis tiup lilin.
  5. Patient Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir.
Kementerian Kerja Raya Malaysia