Page 9 - PSPSM 2016-2020 KKR

Basic HTML Version

PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
2016-2020 KEMENTERIAN KERJA RAYA
5
PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 2016-2020
KEMENTERIAN KERJA RAYA
CABARAN SEMASA
Satu analisa SWOT telah dijalankan untuk mengenalpasti dan membuat perbandingan antara
faktor-faktor kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman yang boleh mempengaruhi
tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber manusia KKR. Analisa SWOT yang
dijalankan mencakupi faktor dalaman iaitu kekuatan dan kelemahan dan seterusnya
membandingkannya dengan faktor luaran iaitu peluang dan ancaman yang dihadapi oleh KKR
dalam memastikan pengurusan sumber manusia yang lebih efektif, responsif dan inovatif.
Secara ringkas, cabaran-cabaran dalaman dan luaran yang telah dikenal pasti bagi
membangunkan sepenuhnya potensi sumber manusia di KKR adalah seperti berikut:
Keperluan Perancangan dan Pengurusan Sumber Manusia yang Progresif
dan Dinamik
Keperluan Meningkatkan Kualiti Sistem Penyampaian Perkhidmatan
Keperluan Meningkatkan Pembangunan Sumber Manusia
Keperluan Meningkatkan Persekitaran Kerja yang Kondusif
Keperluan Meningkatkan Penghayatan Budaya Organisasi Cemerlang