Page 8 - PSPSM 2016-2020 KKR

Basic HTML Version

PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
2016-2020 KEMENTERIAN KERJA RAYA
4
PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 2016-2020
KEMENTERIAN KERJA RAYA
NILAI-NILAI BERSAMA
Kementerian Kerja Raya telah mengenalpasti tiga (3) nilai bersama utama yang perlu
diamalkan oleh warga Kerja Raya iaitu
Profesional, Integriti
dan
Kerja Berpasukan
.
Profesional
•Mempunyai kemampuan, kemahiran serta cara pelaksanaan yang
sewajarnya oleh seseorang untuk mencapai kecemerlangan
Kementerian.
•Elemen profesional: berilmu, berkemahiran, berkepimpinan,
komunikasi berkesan, berfikiran terbuka, berdaya saing dan positif.
Integriti
•Mempunyai keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral
positif yang tidak mudah dipengaruhi demi mempertahankan nama
baik Kementerian dan warga KKR daripada segala bentuk
penyelewengan.
•Elemen integriti : akuantabiliti, telus, amanah dan jujur.
Kerja Berpasukan
•Mempunyai kebolehan untuk membina hubungan baik dengan
berinteraksi secara efektif bersama warga Kementerian bagi
mencapai objektif yang sama.
•Elemen kerja berpasukan: berkerjasama, prihatin, saling berkongsi
dan hormat-menghormati.