Page 6 - PSPSM 2016-2020 KKR

Basic HTML Version

PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
2016-2020 KEMENTERIAN KERJA RAYA
2
PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 2016-2020
KEMENTERIAN KERJA RAYA
RASIONAL PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Penyediaan PSPSM KKR 2016-2020 merupakan salah satu strategi yang telah digariskan di
dalam Pelan Strategik KKR 2016-2020 di bawah Teras 5 iaitu Memantapkan Tadbir Urus
Organisasi. Pengurusan sumber manusia memainkan peranan yang penting dalam
melestarikan pengurusan sumber manusia bagi mendukung visi dan misi KKR dan membantu
warga KKR melangkaui potensi masing-masing dan mencipta legasi dalam memberikan
perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Secara amnya, PSPSM KKR 2016-2020 ini adalah
bertujuan sebagai garis panduan dalam:
Pembangunan modal insan
perkhidmatan awam
Kementerian Kerja Raya bagi
mencapai objektif Kementerian.
Menjajarkan fungsi pengurusan
sumber manusia Kementerian
Kerja Raya dengan Pelan
Strategik KKR 2016-2020.