Page 5 - PSPSM 2016-2020 KKR

Basic HTML Version

PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
2016-2020 KEMENTERIAN KERJA RAYA
1
PELAN STRATEGIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 2016-2020
KEMENTERIAN KERJA RAYA
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia (PSPSM) 2016-2020 Kementerian Kerja Raya
(KKR) merupakan sebuah pelan komprehensif yang diwujudkan bagi tujuan melahirkan modal
insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan berpengetahuan serta kreatif dan inovatif
selaras dengan visi dan misi KKR untuk menjadi peneraju di dalam bidang pembangunan
infrastruktur dan pembinaan di Malaysia.
Bertemakan “Melangkaui Potensi, Mencipta Legasi”, PSPSM ini dirangka khusus bagi
mendepani pelbagai cabaran semasa dan mendatang di dalam persekitaran yang kompleks
dan dinamik.
Bagi menjayakan PSPSM ini, sejumlah empat (4) teras strategik telah dikenalpasti, iaitu:
TERAS 1: Memperkasa pengurusan bakat
TERAS 2: Merasionalisasi Organisasi
TERAS 3: Mempertingkat Kualiti dan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan
TERAS 4: Membudayakan Kecemerlangan
Teras pertama adalah berkenaan strategi yang digunakan atau sistem yang direka bentuk
bagi meningkatkan produktiviti kerja dengan menggunakan proses penambahbaikan untuk
menarik, membangunkan, mengekalkan dan memanfaatkan pekerja dengan kemahiran dan
kebolehan yang sedia ada untuk mencapai keperluan organisasi pada masa kini dan juga
masa akan datang. Ini termasuklah
empowering talent,
fleksibiliti dan pembangunan bakat.
Manakala teras kedua adalah berkaitan dengan penyusunan semula serta perwajaran saiz
perkhidmatan bagi mengoptimumkan sumber sedia ada. Teras ketiga adalah berkaitan
persekitaran pekerjaan yang kondusif, pengurusan data sumber manusia yang efisien serta
perekayasaan proses kerja bagi mempertingkatkan kualiti dan kecekapan penyampaian
perkhidmatan. Manakala teras keempat pula adalah berkenaan dorongan dan komitmen
bekerja, kreativiti dan inovasi serta nilai dan etika di dalam membudayakan kecemerlangan.
Bagi memastikan kejayaan pelan strategik ini, PSPSM telah menggariskan strategi-strategi
dan pelan-pelan tindakan yang berasaskan kepada fungsi-fungsi pengurusan sumber
manusia dan diukur melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang membolehkan penilaian
terhadap pencapaiannya dapat dilakukan dengan cekap dan teratur.