Page 5 - Pelan Tindakan GGP KKR

Basic HTML Version

Pelan Tindakan Perolehan Hijau Kerajaan atau Government Green Procument
(GGP) Kementerian Kerja Raya disediakan untuk tempoh 4 tahun bermula dari
tahun 2016 sehingga 2020 bagi meningkatkan pengetahuan mengenai
kepentingan pembangunan infrastruktur bertunjangkan mesra alam kepada
pengiat industri pembinaan amnya. Pelan ini adalah selari dengan tiga (3) sub
Teras yang terkandung di dalam Pelan Strategik KKR iaitu di bawah sub Teras
1.3 : Memperluas Pengunaan Teknologi Yang Meningkatkan Nilai Tambah,
Teras 2.1.2 Mengunakan Konsep Life Cycle Costing (LCC) dan Teras 2.2
Mengalakkan Pembangunan Mampan Dalam Industri Pembinaan Negara.
Ketiga–tiga sub Teras ini menekankan pemilihan sumber bahan pembinaan
yang mesra alam yang dapat meminimumkan pencemaran alam.
Pelan Tindakan Perolehan Hijau Kerajaan KKR ini mengandungi empat (4)
Strategi iaitu Pengukuhan Dasar dan Kerangka Institusi, Penetapan Garis
Panduan dan Kumpulan Produk Yang Mesra Alam, Mewujudkan Program
Kesedaran dan Pembangunan Kapasiti serta Pemantauan dan Penilaian.
Strategi pertama antara lain mewujudkan jawatankuasa dan pusat rujukan
setempat atau
focal point
melibatkan agensi–agensi teknikal seperti JKR , CIDB
dan LLM. Tiga (3) projek perintis yang memenuhi kriteria mesra alam turut
dikenalpasti
Strategi Kedua pula mempromosi garispanduan GGP melalui saluran medium
yang sesuai supaya GGP menjadi budaya di kalangan warga Kementerian Kerja
Raya dan agensi selain diharap dapat dijadikan rujukan tambahan kepada
pengiat industri pembinaan swasta dalam membangunkan infrastruktur
berteraskan mesra alam.
Strategi Ketiga menetapkan program–program latihan bagi meningkatkan daya
saing dan kepakaran warga KKR dalam GGP manakala Strategi Keempat
membabitkan aspek pelaporan hasil pencapaian atau KPI.