Page 4 - Pelan Tindakan GGP KKR

Basic HTML Version

Dasar Teknologi Hijau yang diperkenalkan sejak tahun 2009 adalah di
antara kesungguhan pihak Kerajaan dalam menetapkan Teknologi Hijau
sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menjadikan
Malaysia sebagai Hub Serantau Teknologi Hijau.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) selaku agensi
pelaksana bersama Kementerian Kewangan (MOF) telah dan sedang
melaksanakan pelbagai inisiatif membangunkan Teknologi Hijau
termasuklah membangunkan inisiatif Perolehan Hijau Kerajaan (GGP).
Pelaksanaan GGP ini dapat memangkinkan pembangunan industri
tempatan berasaskan pengeluaran produk dan perkhidmatan mesra alam
kerana wujudnya permintaan yang tinggi bagi memenuhi keperluan
Kerajaan dan seterusnya menjadikan industri, harga produk serta
perkhidmatan mesra alam tempatan lebih berdaya saing.
Perolehan Kerajaan memainkan peranan penting sebagai pemangkin
kepada pembangunan sosioekonomi kerana mewakili 12 - 15% daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menjelang tahun 2020 di bawah
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Kerajaan telah menetapkan
sasaran 20% untuk pelaksanaan GGP.
Kementerian Kerja Raya (KKR) selaku agensi peneraju dalam infrastruktur
awam turut terpilih bersama agensi–agensi Kerajaan lain untuk
pelaksanaan GGP khususnya dalam perolehan kerja. Dalam hal ini, KKR
telah menetapkan Pelan Tindakan GGP yang diharap mampu dijadikan
panduan kepada penggiat industri pembinaan. Adalah juga diharapkan
supaya Pelan Tindakan GGP KKR ini dapat dilaksanakan mengikut sasaran
yang ditetapkan supaya keberhasilannya merangkumi kecekapan
penggunaan sumber asli, pencemaran alam sekitar yang minimum dengan
kos efektif melalui penambahbaikan yang berterusan.
YBhg. Dato’ Sri Zohari bin Haji Akob
Ketua Setiausaha
Kementerian Kerja Raya