Page 18 - Pelan Tindakan GGP KKR

Basic HTML Version

Adalah diharapkan Pelan Tindakan Perolehan Kerajaan
Kementerian Kerja Raya ini dapat dimanfaatkan di antara warga
Kementerian dan agensi secara bersama dan dikongsi dengan
pengiat industri pembinaan negara ke arah mencapai kualiti
pertumbuhan pembangunan yang mesra alam.
Memandangkan Kementerian Kerja Raya merupakan agensi
Kerajaan yang mengendalikan perolehan kerja berskala besar,
Pelan ini diharap mampu memberi panduan dalam merealisasikan
hasrat Kerajaan untuk mengurangkan pencemaran alam
menjelang tahun 2020 dan seterusnya bagi kesinambungan
generasi akan datang.
Justeru itu, sebagai agensi sektor awam yang meneraju industri
pembinaan akan mengembleng semua usaha untuk menjadikan
pelan GGP ini ke arah kelestarian bumi.