|
KELAYAKAN KONTRAKTOR
- Kontraktor-kontraktor (Kontraktor Induk atau Subkontraktor Dinamakan) yang berdaftar didalam kelas 'F' hingga 'C' atau kelas 'I' hingga 'VI', dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), dan gred G1, hingga G5 dengan LembagaPembangunan Industeri Pembinaan Malaysia (CIDB) atau bagi projek-projek tidak melebihi RM5 juta.
- Masih diiktiraf sebagai bertaraf Bumiputera oleh PKK.
- Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai oleh Bumiputera 100%.
- Menerima Surat Setuju Terima Tender dari Jabatan Kerja Raya bagi kontrak kerja Persekutuan sahaja.
- Harga tender adalah 'viable' atau menguntungkan.
- Mempunyi rekod kerja yang baik dan memuaskan serta tidak terlibat dengan tindakan kesusahan berat kerana berhutang.
- Kontraktor yang telah mendapat Wang Pendahuluan mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/95 atau yang mendapat pinjaman dari bank atau institusikewangan dengan mencagarkan kontrak kerja yang diperolehi, tidak layak mendapat pinjaman dibawah skim ini.
- Bagi Subkontraktor Dinamakan (NSC), nilai subkontrak hendaklah melebihi RM100,000.00 dan tempoh kontrak tidak kurang 20 minggu.
SYARAT-SYARAT PINJAMAN
- Jumlah pinjaman akan ditentukan berdasarkan 'merit' tiap-tiap satu kes tertakluk kepada jumlah maksima sebanyak 15% nilai kerja pembina.
- Pinjaman yang diluluskan hendaklah digunakan khusus untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak.
- Pinjaman adalah bagi satu kerja sahaja pada sesuatu masa
- Peminjam hendaklah menguruskan sendiri kerja-kerja kontrak yang berkenaan dan tidak boleh sama sekali menyerahkan kerja-kerja itu kepada pihak-pihak lain.
- Peminjam hendaklah melaporkan mengenai kemajuan projek yang dibiayai dibawah skim ini setiap 2 minggu sekali mengikut format yang ditetapkan.
- Pinjaman tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa faedah.
BAYARAN BALIK
- Bayaran balik pinjaman akan dibuat melalui potongan dari bayaran interim/kemajuan projek apabila kemajuan FIZIKAL melebihi 25% dan selesai apabila mencapai 75%.
- Kaedah potongan berasaskan formula dibawah:-
D = 200 x (A/B)% x P
di mana
D- ialah jumlah potongan pembayaran balik pinjaman. A- ialah jumlah wang pendahuluan/pinjaman yang diterima oleh kontraktor B- ialah jumlah Nilai Kerja Pembina (Builder's Woks) P- ialah jumlah kerja pembina yang diperakukan dalam sijil Bayaran Interim pada bulan tersebut (termasuk nilai yang diperakukan bagi bahan-bahan ditapak bina yang melebihi 25% daripada nilai B)
|