SELAMAT DATANG KEPADA Y.B DATO' SHAZIMAN ABU MANSOR SEBAGAI MENTERI KERJA RAYA BARU

Audience based content

X
Public
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Contractor
MoW Community
Concession Company
Inovasi

try

You are here

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Di kesempatan ini, saya selaku Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) dan seluruh warga KKR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Y.B Dato' Shaziman Abu Mansor di atas pelantikan Yang Berhormat sebagai Menteri Kerja Raya yang baru dan kami warga KKR mengucapkan selamat datang kepada Dato' Shaziman Abu Mansor ke Kementerian Kerja Raya. Kami seluruh warga KKR akan memberikan sokongan padu demi untuk meningkatkan prestasi KKR dengan mengekalkan taraf pencapaian Kementerian 5 bintang pada masa ini dan selebihnya lagi untuk menjadikan kementerian ini sebagai kementerian nombor satu di Malaysia. Kami percaya dengan kepimpinan Y.B Datuk Shaziman hasrat ini akan tercapai.

Untuk makluman Y.B Dato', Kementerian Kerja Raya akan menempuh satu cabaran iaitu untuk memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2009. Segala usaha kearah itu sedang giat dilaksanakan yang meliputi seluruh peringkat warga KKR. Dengan kepimpinan baru Y.B Dato', kami mengharapkan akan dapat mencetuskan satu semangat baru sebgai satu pasukan yang kuat demi untuk merealisasikan cita-cita murni ini.

Disini juga kami seluruh warga KKR ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.B Dato' Sri IR Mohd Zin Mohammad selaku Menteri Kerja Raya sebelum ini. Sekalung penghargaan kami ucapkan keatas kepimpinan Y.B Dato' Sri yang telah berjaya memimpin kementerian ini sehingga berjaya mencapai penarafan Kementerian 5 bintang. Semoga Allah jua yang dapat membalas segala jasa Y.B Dato' Sri.

 

DATO' SRI DR. ABDUL MUNIT BIN KASMIN

Ketua Setiausaha , Kementerian Kerja Raya

 

Tarikh Kemaskini : 13 April 2009

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources