Ministry of Works
KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Second Durin Bridge “Stitching” Symbolic Ceremony, Pan Borneo Highway Sarawak Project

Audience based content

X
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Contractor
Public
Concession Company
MoW Community
Eksa
You are here
Event Date and Time: 
Sunday, 15 December 2019 - 9:00am
Source: 

Majlis Simbolik Penyambungan Jambatan Durin, Sibu, Sarawak Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

SIBU,SARAWAK, 15 DISEMBER 2019 - Majlis Simbolik Penyambungan Jambatan Durin, atau Jambatan Batang Rajang yang diadakan pada hari ini menyaksikan penyambungan gelegar (gidder) jambatan terakhir bagi Jambatan Durin sepanjang 1.2 kilometer.

Menerusi penyambungan gelegar (gidder) terakhir tersebut, kerja-kerja utama pembinaan jambatan telah selesai dilaksanakan. Proses pemasangan perabot jalan akan dilaksanakan selepas ini. Jambatan ini dijangka dibuka kepada orang ramai pada bulan April 2020, dua (2) bulan lebih awal daripada jadual asal.

Jambatan Durin merupakan salah satu skop kerja Kontrak Pakej Kerja (WPC 07) Persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Projek ini dilaksanakan oleh Hock Seng Lee – Dhaya Maju Infrastructure Asia JV. Skop pembinaan jambatan ini adalah laluan empat (4) lorong, dua (2) hala sepenuhnya dari Bandar Sibu ke Durin menyeberangi Sungai Batang Rajang.

Menerusi projek ini, rakyat di Sarawak khususnya bakal menikmati jaringan jalan raya yang lebih selesa dan efisien serta mendapat peluang untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di sektor pembinaan.

Projek ini juga mampu menjadi pemangkin kepada Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) dan pembangunan kawasan-kawasan yang berpotensi tinggi khususnya pusat-pusat komersial dan perindustrian di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Tags: 
#kkr #jkr #lebuhrayapanborneo #sibu #sarawak #jambatandurin #jambatanbatangrajang #score #infrarakyat #infrastruktur