Kelebihan IBS dalam industri pembinaan

Date: 
15/10/2008
News Paper: 
Utusan Malaysia

INDUSTRI pembinaan negara telah mengalami perubahan berikutan penggunaan teknologi masa kini yang secara tidak langsung meningkatkan tahap kualiti dan keselamatan sesebuah bangunan tersebut.

Kini, teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) adalah jawapan bagi menyelesaikan masalah yang sering berlaku di tapak pembinaan di negara ini. Ia adalah merupakan proses pembinaan yang menggunakan teknik, produk, komponen atau sistem pembinaan melibatkan pemasangan komponen binaan di tapak pembinaan.

Penggunaan IBS menjanjikan kelebihan seperti pengurangan pekerja di tapak, pengurangan pembaziran bahan binaan, pengurangan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan tapak binaan lebih bersih, kawalan kualiti lebih baik, tapak pembinaan lebih teratur dan selamat serta tempoh pembinaan lebih singkat.

Faedah yang boleh didapat melalui sistem itu ialah pengurang pekerja dan bahan di tapak; pembaziran minimum; alam sekitar lebih baik; produktiviti lebih tinggi; kualiti terkawal; penyiapan projek lebih cepat; pengurangan kos keseluruhan pembinaan dan tapak pembinaan lebih tersusun dan selamat.

Melalui klasifikasi berasaskan struktur, terdapat lima kumpulan IBS utama yang dikenapasti digunakan secara meluas di Malaysia iaitu:
       1.  Sistem kerangka, Panel dan kekotak konkrit pratuang.
       2.  Sistem Kerangka Keluli
       3.  Sistem Acuan.
       4.  Sistem Kerangka Kayu.
       5.  Sistem Blok.

Sistem Konkrit Pratuang

Ia adalah antara jenis IBS yang paling diminati dalam industri pembinaan negara. Terbahagi kepada dua jenis utama-struktur kerangka dan dinding galas beban.

Komponen tipikal dalam struktur kerangka adalah rasuk, tiang, papak dan dinding tidak galas beban.  Kebiasaannya, komponen ini dihasilkan di luar tapak menggunakan mesin dan  acuan.  Jenis kedua pula sistem dinding galas beban, menawarkan sestem yang lebih mudah iaitu papak dan dinding.  Kedua-kedua komponen itu boleh dikeluarkan di kilang atau diperbuat di tapak dan antara jenis popular ketika ini menakala jenis pertama adalah menjadikan struktur lebih fleksibel dan mapan.

Sistem Kerangka Keluli

Sistem ini terutamanya untuk kerangka bumbung begitu digemari di negara ini.  Keluli struktur sesuai untuk bangunan tinggi dan kebiasaannya digunakan dengan panel papak dan dinding kongkrit pratuang di dalam penghailan struktur hibrid dengan masa cepat

Komponen struktur sistem kerangka keluli terbahagi kepada dua jenis iaitu keluli tergelek panas dan sejuk, berasaskan kepada proses dan bahan di dalam pembuatan.

Ia menawarkan pemasangan tapak lebih pantas dan pengurangan tenaga pekerja jika dibandingkan denga lain-lain jenis IBS.

Sistem Acuan

Sistem ini menjalankan proses pembinaan menggunakan suatu cara yang sistematik dan berasaskan mekanikal. Mengguankan panel acuan yang boleh digunakan semula, pembinaan konkrirt in-situ dapat dipertingkatkan. Ia meninggikan kelajuan pembinaan melalaui perlerakan konkrit dengan pantas.

Kos pula dapat dikurangkan melalui pemiawaian saiz struktur dan memastiakan pergerakan dan kitaran penkonkritan.  Walaubagaimanapun, dinding dan papak dapat dihasilkan serentak melalui penggunaan sistem acuan terowong.

Kebanyakan daripada sistem acuan adalah berasaskan keluli tetapi sejak kebelakangan ini sistem berasaskan aluminium dan plastik turut digunakan.

Sistem Kerangka Kayu

Kerangka kayu pasang siap adalah antara sistem IBS yang paling kurang digunakan.  Kebanyakan sistem tempatan adalah untuk pembinaan kerangka bumbung.  Penggunaan kayu pasang siap untuk komponen struktur yang lain adalah hampir tidak wujud di Malaysia kecuali untuk wakaf dan beberapa unit chalet khas.

Namun begitu, kerana rumah-rumah Melayu tradisional juga adalah merupakan ?rumah pasang siap? daripada segi struktur dan fungsi melalui penggunaan tanggam tanpa paku dan kebolehalihannya, adalah dijangkan bahawa penyedia sistem pasang siap kayu tempatan akan turut menghasilkan produk selain kerangka bumbung di masa yang terdekat.

Sistem Blok

Pada asasnya ia adalah suatu jenis IBS yang berasaskan teknologi konkrit pratuang.  Sistem ini termasuk blok konkrit pratuang berongga, berkait dan juga berbusa.  Oleh kerana saiznya yang kecil jika dibanding secara relatif dengan lain-lain komponen IBS, ia boleh diuruskan dengan mudah dan mempunyai darjah toleransi yang tinggi.

Kebanyakan jenis blok tersebut juga boleh dibuat dengan mudahnya di tapak dan mempunyai kos pengeluaran yang rendah.

 

 

KKR Programme

 
Activities of Minister Of Works
 
Schedule for Online KKR Client Day
 
Innovation programmes organised by KKR
 
Training Programmes for KKR personnel

Media

 
Invitation for media coverage of Ministry programmes and activities.
 
MoW's official statements to media.
 
Public complaints in mainstream newspaper.
 
News/activities of ministry that published in mainstream newspaper.
 

Human negligence is the key factor leading to road accidents compared to road engineering.

Agree
80% (708 votes)
Not Agree
20% (180 votes)
Total votes: 888

Corporate Communication Unit, Ministry Of Works Malaysia, Block B, 6th Floor, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Telephone: 03 8000 8000 | Fax: (603) - 2711 1101
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Coordinate: N03.15475 E101.68833
Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
MoW Location Map

Privacy Policy | Security Policy
Last update: Mon, 20/10/2014 - 11:42am

Web Statistics
  • Total hit: 14,131,475
  • Total visitor: 665,807
  • This week: 19,346
  • This month: 269,473
-A A +A
Read me loud
Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)