Pusat IBS CIDB

Date: 
15/10/2008
News Paper: 
Utusan Malaysia

Rujukan industri pembiaan Negara

BAGI merialisasikan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan buruh asing di tapak bina dan mengalakan penggunaan IBS secara meluas, Pusat IBS telah ditubuhkan oleh Lembaga Pembangunan Industeri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyelaraskan industri pembinaan kearah perindustrian dengan memberi tumpuan kepada penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Pusat ini yang mula beroperasi sejak awal Januari 2007 di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, dijadikan sebagai Pusat Rujukan Setempat dalam hal-hal berkaitan dengan pelaksanaan IBS khususnya bagi projek-projek kerajaan.

Melalui Pusat IBS, maklumat industri dapat dikongsi bersama sesama agensi kerajaan dan swasta.  Ini termasuklah perkara-perkara yang berhubung dengan isu-isu polisi, produk, piawaian dan lain-lain.

Antara aktiviti utama yang dijalankan oleh Pusat IBS adalah Perancangan Industri IBS, Promosi dan Pasaran IBS, Teknologi IBS, Verifikasi, Persijilan, dan Latihan IBS.

Bagi Teras Promosi dan Pasaran IBS, pusat ini menyediakan informasi mengenai IBS melalui risalah, terbitan majalah dan buku, Gelari IBS, perkampungan IBS dan juga mengadakan program pameran bergerak ke negeri-negeri seluruh negara.

Teras Teknologi IBS pula memberi fokus kepada program-program pembangunan produk dan sistem IBS seperti lantai, tiang rusuk dan dinding dilakukan melalui penyelarasan reka bentuk komponen IBS.

Selain itu, pembangunan Garis Panduan serta Sistem Piawai turut dilakukan dengan kerjasama pihak dari agensi kerajaan, industri dan SIRIM.

Bagi menjamin kualiti produk, kepakaran pengeluaran kompnen IBS dan kecekapan kontraktor dijalankan melalui aktiviti Verifikasi dan Persijilan.

Melalui inisiatif ini, pendaftaran, penilaian dan persijilan dijalankan ke atas produk dan pengeluaran komponen IBS dilakukan berpandukan sistem kualiti dan kriteria yang telah ditetapkan.

Bagi penyenaraian perunding struktur dan arkitek dilaksanakan berdasarkan penglihatan, pengalaman dan juga pengatahuan mereka mengenai IBS.

Di samping itu, program latihan teknikal megikut modul-modul yang sistematik turut dijalankan kepada pihak profesional bagi reka bentuk dan pengiraan Skor IBS manakala kontraktor dan pekerja binaan diberikan latihan secara 'hands on'.

Pusat IBS turut menyediakan kemudahan kemudahan seperti bilik latihan, mini auditorium, pust sumber, dewan pemeran, galeri, makmal, perkampungan IBS serta inkubator.  Ia menawarkan ruang pejabat kecil kepada mana-mana individu atau syarikat yang baru memulakan perniagaan yang menawarkan perkhidmatan atau pemasaran yang berkaitan dengan IBS.

Banyak maklumat disediakan di Galeri IBS antarnya jenis-jenis IBS, polisi dan insentif kerajaan, produk berskala kecil IBS, publikasi IBS, mini model pembinaan bersekala dan lain-lain.  Perkampungan IBS pula terdiri daripada tiga unit rumah contoh yang dibina menggunakan kaedah IBS.  Galeri serta Perkampungan IBS ini boleh dilawati 5 hari seminggu waktu bekerja.

Rumah contoh IBS

  • Dibina untuk pameran IBS Antarabangsa Malaysia (MIIE) 2006, ia  kini menjadi tarikan utama di Pusat IBS.
  • Pemasangan di tapak mengambil masa sebulan dan siap pada November 2006.
  • Melibatkan 11 syarikat IBS dan lapan pengeluar bahan pembinaan yang lain.
  • Direkabentuk berasaskan kordinasi modular dengan prinsip Pembinaan Terbuka.
  • Terdapat tiga unit iaitu jenis banglo, teres dan apartmen.


Makmal Kerja Raya Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (Centre of Research Excellence - CORE)

Pusat IBS memainkan peranan di dalam inisiatif Penyelidikan Industri Pembinaan Malaysia (CREAM).
  • Ia dihubungkan kepada rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia, CORE akan mewujudkan satu rangka kerjasama yang baru dan cekap di antara syarikat, universiti, organisasi penyelidikan serta sumber tajaan.
  • Kerjasama bersama Pusat IBS akan membei tumpuan kepada pemindahan teknologi dan R&D.
  • Program R&D IBS terbahagi kepada kategori berikut:
  •                1. Struktur IBS  

                   2. Bahan dan komponen IBS

                   3. Keselamatan, kesihatan dan Alam Sekitar IBS

                   4. Pemindahan Teknologi dan Penandarasan IBS

                   5. ICT di dalam IBS

    • CREAM turut menyediakan perkhidmatan ujian struktur dan bahan berkaitan IBS melalui makmalnya meliputi perkhidmatan ujian, Verifikasi dan pensijilan seperti mana yang ditetapkan oleh piawaian Malaysia dan antarabangsa melalui kemudahan makmal moden.
    • CREAM diiktiraf sebagai badan pensijilan produk pembinaan di Malaysia melalui kerjasama dengan Pusat IBS serta pakar luar dan dalam negara di seluruh industri pembinaan.

     


     

    KKR Programme

     
    Activities of Minister Of Works
     
    Schedule for Online KKR Client Day
     
    Innovation programmes organised by KKR
     
    Training Programmes for KKR personnel

    Media

     
    Invitation for media coverage of Ministry programmes and activities.
     
    MoW's official statements to media.
     
    Public complaints in mainstream newspaper.
     
    News/activities of ministry that published in mainstream newspaper.
     

    Human negligence is the key factor leading to road accidents compared to road engineering.

    Agree
    80% (708 votes)
    Not Agree
    20% (180 votes)
    Total votes: 888

    Corporate Communication Unit, Ministry Of Works Malaysia, Block B, 6th Floor, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

    Telephone: 03 8000 8000 | Fax: (603) - 2711 1101
    Email: pro@kkr.gov.my | GPS Coordinate: N03.15475 E101.68833
    Email: pro@kkr.gov.my | GPS Koordinat: N03.15475 E101.68833
    MoW Location Map

    Privacy Policy | Security Policy
    Last update: Thu, 02/10/2014 - 10:47am

    Web Statistics
    • Total hit: 13,881,279
    • Total visitor: 597,080
    • This week: 60,856
    • This month: 19,597
    -A A +A
    Read me loud
    Developed and designed by Mohd Hadafi (Parasolx)