Pembukaan disambut baik

Audience based content

X
Public
Integriti@KKR

Informasi

Jika anda mempunyai sebarang aduan berkaitan rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa serta perlanggaran tatakelakuan dan integriti yang melibatkan kakitangan di Kementerian ini, salurkan aduan tersebut di sini.

Alamat:

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-27715501
Faks: 03-27111014
Email: ui@kkr.gov.my

Contractor
MoW Community
Concession Company
You are here
Date: 
Sat, 21 June 2008
Newspaper: 
Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Jun - Orang ramai menyambut baik langkah kerajaan membuka Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) kepada penunggang motosikal pelbagai kelas berkuat kuasa hari ini.

Menurut mereka, langkah kerajaan itu amat membantu penunggang motosikal meringankan beban dan kesusahan yang dihadapi terutamanya selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Seorang pekerja swasta, Omar Endot, 51, berkata, pembukaan lebuh raya itu dapat menjimatkan masa untuk bergerak dari Setiawangsa ke Kuala Lumpur.

Dia yang tinggal di Setiawangsa memberitahu, perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum ini mengambil masa 15 minit pada waktu puncak tetapi dengan lebuh raya itu, ia hanya memerlukan kira-kira lima minit sahaja.

"Bagaimanapun cirri-ciri keselamatan haruslah disediakan untuk penunggang motosikal kerana kenderaan lain di lebuh raya ini kebiasaannya memandu dengan laju,"katanya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed hari  ini mengumumkan pembukaan  lebuh raya bertingkat itu kepada penunggang motosikal sebagai sebahagian inisiatif kerajaan membantu rakyat menghadapi krisis kenaikan harga minyak global dan kos sara hidup.

Bagi juruelektrik sebuahsyarikat swasta, Fendi Rahman,23, langkah kerajaan itu dapat menjimatkan kos perbelanjaan minyak pengguna.

"Sebelum ini saya terpaksa melalui jalan yang jauh untuk ke Kuala Lumpur dan banyak lampu isyarat. Ini menyebabkan kos minyak meningkat," jelasnya.

Selain itu, tambahnya, pembukaan laluan tersebut juga memendekkan masanya untuk pergi bekerja kerana sebelum ini dia terpaksa bangun sejam lebih awal.  

Developed and designed by Hadafi Solution and Resources