Skip to main content

KEMPEN KESELAMATAN JALAN DAN LEBUH RAYA, KEMENTERIAN KERJA RAYA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2012

Image removed.Petaling Jaya, 19 Januari – Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 19 Januari 2012 bertempat di Depoh Penyelenggaraan, Kompleks Operasi Litrak yang dirasmikan oleh YB. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Dalam teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Y.Bhg Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha KKR berkata, peruntukan termasuk RM 16.35 juta bagi menambahbaik 40 lokasi di jalan persekutuan manakala RM 1.27 juta untuk 15 lokasi di lebuh raya yang dilaksanakan secara komited oleh agensi pelaksanaan melibatkan Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Lebuhraya pada tahun ini bertemakan "Selamatkan Nyawa Anda : Pakai Tali Pinggang Keledar Belakang", yang mana secara jelas memfokuskan kepada usaha-usaha bagi meningkatkan kesedaran pengguna mengenai pemasangan serta pemakaian tali pinggang keledar belakang.

Turut hadir Tan Sri Dato’ Ir (Dr) Wan Abdul Rahman bin Hj. Wan Yaacob, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Salleh Bin Yusop, Yang Dipertua Majlis Keselamatan Jalan Raya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En Sazally Saidi, Ketua Pegawai Eksekutif LITRAK serta pegawai-pegawai kanan dari kementerian serta agensi.

 

|Foto Galeri|

Tarikh Dan Waktu Acara
Sumber
UKK